Tuesday, July 28, 2009

Hidung sumbat dan kepala pening tapi doktor kata bukan H1N1.Alhamdulillah.

Sudah down with flu sejak Jumaat dan sangat- sangat tertekan dengan air con office yang melampau sejuk. Saya sudah kelihatan seperti orang Badwi yang berjalan jalan di padang pasir dengan muffler yang dijadikan penutup muka. Hihi.

Hari Ahad saya pergi Midvalley sebab nak pergi Maybank Treats Fair. Tapi bila dah keluar baru perasan tertinggal Husayn Zharief punya kasut kat rumah. Siapa lah yang larat nak angkat budak seberat 12kg itu berjalan-jalan di sekeliling Midvalley jadi terpaksalah saya dan suami mencari selipar untuk budak kenit itu. Jadi kita orang masuklah Jusco kat Midvalley tu. Ya Allah ramainya orang. Kalau kat cashier lagi ramai yang beratur panjang. Tengok je line tu kepala saya dah start sakit yelah sebab memang tengah kena flu kan.

Cari punya cari terjumpalah selipar ala-ala Crocs tapi harga RM15. Saya memang orang yang kedekut sikit jadi ok la kan RM15 tu. Lepas tu saya tryla jalan jalan dulu cari kaunter yang kurang orang sikit. Bila jalan-jalan baru perasan ada la beberapa kaunter kosong, tapi masalahnya kaunter tu tutup dan cashier pon memang takde. Jadi dengan tensennya terpaksalah saya balik ke kaunter yang kena beratur panjang tu sambil menyumpah nyumpah Jusco sebab tak berapa nak pandai bukak kaunter banyak-banyak sikit. Isk takkan tu pon nak kena ajar kan. Eh sorry tengah pre-pms tu yang asyik nak marah je. Haha.

Saya beratur selama setengah jam dan dengan cashier tu pon saya jadi tensen sebab lembab sangat. Cubalah cergas sikit macam cashier kat Giant kecik Kelana Jaya. Tensen ni. Setelah beratur selama setengah jam akhirnya sampailah giliran saya. Muka dah masam gila ni. Bole pulak si cashier ni tanya
"Akak takde duit kecik ke"
Kalau saya nak kasi dia duit RM500 untuk bayar kasut harga RM15 ni saya fahamla dia takde duit kecik. Ni saya nak kasi dia RM50. Takkan takde duit nak kasi baki RM35. Ni nak hangin ni. Lepas tu saya cakap je la takde. Saya tertekan betul kadang-kadang kalau orang berniaga takde duit kecik ni, lebih-lebih lagi lepas kena beratur panjang kan. Hahah. Nasib baik la ada duit baki RM35 kalau tak haruslah kena lecture adik cashier tu. Eiii.

Kesimpulannya janganlah pergi shopping time anda pre-pms, pening kepala, dan berhingus. Pasti rasa nak lepuk orang. Hahaha.

Sorry lah ye takde gambar hari ni. Muka tengah banyak jerawat sebab Husayn Zharief dengan bijak telah ambil berus blusher saya dan buat sapu lantai. Lepas tu saya lagi bijak ambik je berus tu sebab saya tak teringat yang dia sapu lantai guna berus tu - dan saya sapu blusher di muka dengan berus yang dah dibuat sapu lantai. Sekarang di tulang pipi banyaklah hiasan jerawat. Hahaha. Sungguh amusing.

Bye!


4 superstars:

yatie chomeyl said...

ok apa kelihatan seperti orang Badwi yang berjalan jalan di padang pasir dengan muffler yang dijadikan penutup muka.....baru lah ada feeling ala2 heroin filem ayat2 cinta gitu ngeeeeee

Jade said...

haha.. saya juga ada masalah dgn cashier yg lembap.. mmg harus kena hamun kalau tak kena gay [wah.. garangnya diriku ini]..

husayn 12kg? lebih kurang cm my baby.. my baby sekilo aje.. kira ok husayn nk jln sendiri.. my baby memanjang nk dukung... adoi.. patah pinggang eden ;p

zh-ena said...

betul tu kena byk kan kaunter casher kan..bengan bila kena beratur panjang nie..


harap cepat sembuh :D

supermummy said...

yatie chomeyl
eh tak pernah tgk ayat2 cinta tu tapi ramai betol org cerita pasal cerita tu..best ke ?

jade
haha memang..tapi saya ni jarangla nak hamun org sebab jarang nak marah sgt..tapi hari tu mmg dah tak tahan betul..eii

zh-ena
tenkiu..tensen la flu ni..asyik kena berkepit dgn tisu je..hahah

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey