Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa Encik Zalani!

Hari ni adalah Hari Bapa! Macam manalah boleh terlupa. Malah belum wish pun bapa sendiri Selamat Hari Bapa hari ni. Secara seriusnya tak adalah prepare apa-apa special pun (macam mana nak prepare tarikh hari bapa pun asyik tak ingat! haha) Tak apalah ya abah, tunggu birthday nanti baru saya kasi hadiah. Kihkih. Kira jadilah 2 dalam 1. Sekarangkan kena berjimat. Haha.

Ha ni ada 10 fakta mengenai bapa.

1. Saya panggil bapa saya abah dan semasa kecik saya suka nangis di tangga nak bapa yang buatkan susu jugak sebab bapa saya kurang garang sikit dari mak saya. Bapa saya sekarang adalah suri rumah dan dulu dia adalah seorang pengurus bank yang sangat garang. Staff dia semua cakap macam tu. Saya pernah cakap kat mak saya kalau bapa saya tu bos saya mesti saya tensen dan tak suka. Hahaha.

2. Bapa saya juga adalah seorang yang penjimat. Bayangkan dia sanggup jahit seluar dia yang lubang tu dengan menampal kain atas lubang tu lepas tu selamba pakai seluar tu pergi pasar. Kalau saya beli baru je lah. Ataupun baik pakai track suit je pergi pasar. Alah pasar je pun kan. Jangan salah anggap, seumur hidup saya memang jarang sangat pergi pasar. Hahah.

3. Bapa saya juga sangat sayangkan cucunya yang satu iaitu Mohammed Husayn Zharief. Cucu dia tu memang tak pernah kena marah dengan dia sebab tu kalau kena marah startlah dia menangis dan menjerit "Atuk!" Bapa saya juga selalu bawak cucunya naik kereta pusing keliling taman untuk ambil adik saya di stesen lrt. Oh satu lagi, setiap pagi sebelum saya hantar Husayn ke tempat babysitter, bapa sayalah yang akan mandikan Husayn dulu. Sila rujuk gambar di atas ya.

4. Bapa saya lahir pada 11 September jadi dia selalu berbangga bila time hari jadi dia seluruh dunia macam celebrate pulak sebab ada peristiwa September 11 tu kan. Haha.

5. Dia juga adalah penyokong Liverpool walaupun kalau tanya dia "abah sokong mana?" dia akan jawab dia sokong pasukan yang main bagus je. Tapi kalau diperhatikan dia memang akan tengok match Liverpool sampai habis. Ada live pukul 3 pagi pun sanggup tengok. Bapa saya memang seorang peminat English Premier League secara amnya dan pernah berebut tv dengan mak saya sebab sorang nak tengok bola, sorang lagi nak tengok Anugerah apa tah kat cenel Ria.

6.Bapa saya juga mempunyai hobi suka surf Internet. Sebab tu kat rumah saya ada pc kat bawah dan di bilik bapa juga.

7. Tahun ni bapa saya akan berusia 56 tahun!

8. Bapa saya juga tidak sekolah form 1 sampai form 3 kot sebab takde duit. Tak silap sayalah. Tapi dia masuk universiti juga. Jadi kepada kanak-kanak lain yang tidak ada duit untuk ke sekolah jangan malas-malas ya. Sebab dulu bapa saya juga takde duit dan selalu pergi sekolah berkaki ayam dan dia telah berjaya masuk Universiti tau ! kehkeh. Jadi yang penting adalah berusahalah!

9. Kalau saya atau adik terover guna telefon rumah bapa akan tulis nota khas di bil telefon untuk kami. Haha.

10. Bapa saya juga adalah seorang yang punctual. Di zaman sekolah menengah saya selalu kena tinggal sebab keluar lambat dan akibatnya kena balik sendiri naik beca. Mak saya jangan cakaplah. Dah banyak kali juga kena tinggal sebab lambat bersiap. Hahah.

Tapi apa-apapon kami sangat sayangkan bapa kerana walaupun garang, dia juga suka membuat lawak (contoh lawak: abah ni orang itali agaknya..sebab nama zalani..*alasan: kan nama orang itali selalu ada ending huruf i..contoh:maldini, capirossi dan lain-lain* hahah..tapi kalau anda tak paham tak apalah..) dan bapa juga sangat cool!

Selamat hari bapa Encik Zalani!



3 superstars:

pizli_mw said...

ganas jgk yang tinggalkan mak kau tngh bersiap tu..

lawak Itali tu aku faham.. hehehe..

Liyana said...

mcm mana kah pak cik zalani boleh merasakan mcm org itali yek?hehehe...kelakarla bapak ko intan...although came to think of it...aku rasa tak pernah bercakap pun dgn ayah ko sepanjang kita kenal........

supermummy said...

pizli
haa bapak aku mmg ada perangai macam tu..tensen je mak aku..hahaha

liyana
ya ke? hahah..tapi dia dengan rakan-rakan ku selalu baik je..kehkeh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey