Friday, June 5, 2009

Kenangan di universiti adalah kenangan kegemaran

Tiba-tiba hari ni saya macam tersedar saya dah nak 28 tahun. Dua bulan lagi lah! 10 tahun lepas saya baru nak masuk MMU. Tak sangka sekarang dah 28. Anda pernah terfikir tak kalau boleh rewind balik masa lepas, zaman mana adalah zaman favourite anda? Adakah zaman kanak-kanak, zaman remaja ataupun anda rasa anda dah cukup suka dengan kehidupan anda sekarang?

Jika saya adalah seperti Marty McFly dalam movie Back To The Future (semasa kanak-kanak memang sangat suka gila tengok movie ni!), mestilah saya pilih nak rewind ke zaman riang ria di universiti. Mungkin ini adalah kerana:

1. di zaman universiti merasakan diri sangat cool kerana menjadi student di fakulti kreatif multimedia. engineering? management? mana syiok tu..hahah. ok no offence ya. itu hanyalah pemikiran di zaman riang ria dulu. tapi bila kerja hanya tahan jadi designer selama 5 tahun lepas tu dah malas.

2. melepak di cafe hostel dari pukul 9 malam hingga lewat sambil borak-borak dan memerhatikan orang dan gelakkan orang disamping bergossip juga. Lepas tu dapat goreng pisang percuma dari pakcik HB2 yang baik hati. I miss u pakcik.

3. dapat makan burger kungfu di mana dalam burger tu ada daging dan juga mashed potato dan black pepper sauce. Setiap hari pun makan ni tanpa henti!

4. berchatting di IRC di lab semasa masih belum ada PC. Saya tak sure la pulak IRC tu ada lagi tak di zaman blogging dan Twitter ni. Tapi lepas dah ada PC sendiri, lebih banyak chatting di Yahoo Messenger. 24 jam hanya Yahoo Messenger dan sangat jarang tutup PC.

5. Gagal subjek 3d animation sebab malas pergi kelas dan malas siapkan assignment dan terpaksa ulang balik ambik subjek tu. Masa tau gagal sangat takut nak cakap kepada bapa kerana bapa adalah orang yang sukakan anak cemerlang tapi saya agak kurang. Tapi bila akhirnya saya cakap kepada bapa saya tambah la sikit ayat - "..tapi ramai orang dalam kelas along (yang bermakna saya) fail jugak.." Haha. Tapi memang betul tak tipu. Cuma bapa tak tau saya malas pergi kelas dan siapkan assignment.

6. dapat pergi makan di Malee Dengkil bersama kawan-kawan senasib dan juga menonton movie di GSC Midvalley pada setiap minggu tanpa henti. Saya mengaku pernah juga menyelinap masuk dalam tayangan movie lain secara percuma tanpa pengetahuan penjaga wayang. Kehkeh.

7. membuat perniagaan printing di bilik sehingga kesemua jerawat keluar akibat letih melayan pelanggan. Nak2 ada pelanggan macam student dari China yang asyik nak mintak diskaun atau pun student dari negara Arab yang menangis di atas katil dan berkata dia hampir dikejar oleh student Afrika sebab dia nak potong giliran. Tapi duit memang masyuk!

8. tak pernah pergi kelas tutorial Ekonomi sebab nak tengok Yo Soy Betty La Fea. Bila ada assignment Ekonomi selalu balik rumah dan minta tolong bapa buatkan sebab bapa adalah seorang pengurus bank. Kehkeh.

9. selalu tidur pukul 4 atau 5 pagi sebab kadang kadang keluar minum di waktu embun pagi ataupun buat assignment last minute dan hanya akan tidur dengan penuh di waktu siang dan menyebabkan asyik tak pergi kelas.

10. pernah juga memasang lagu dengan kuat hingga jiran sebelah ketuk pintu dan tegur. Tetapi disebabkan semasa itu sangat degil, saya kuatkan lagi dan terus keluar dari bilik. Mesti jiran tu menyumpah nyumpah saya. Kesiannya dia.

Sebenarnya banyak lagi kenangan tapi ada yang tidak boleh di tulis disini kerana pecahlah semua rahsia nanti! Haha. Ok lah, esok nak balik Kampung Parit Semarang di Batu Pahat kerana ada kenduri arwah atuk. Dah lama tak balik kampung. Bolehlah pergi ke Wellward atau BP Mall! Haha.



16 superstars:

pizli_mw said...

malee dengkil.. sedap tu and dah lama tak pergi..

DYLA said...

kite sebaya.

sama la kite. kenangan tu mmg best.

malee dengkil, sy pun lepak situ.. skang dah lama tak gi..

best la jadi student MMU, sy bukan MMu, sy UiTm.hehe

azzamoro said...

wah samela kite orang BP..hehe

Jasfyra said...

mmg syok ingat balik zaman U kan..rasa nk ulang semula tp xnak exam..hahaha

saya tau Malee Dengkil tu..sedap2 makanannya

Farah said...

hahaha btulla awak dak mmu jugak..sbb tu muka cam familiar hihihi..rindu malee jugak!
rindu burger kungfu jugak!
..rindu lepak sampai pagi kat dpn library kunun studi tp sebenarnye deting hahaha..

Jade said...

woho.. kenangan best yg dikenang semula buat diri kita tersenyum-senyum :P

xull said...

xpenah pergi malee dengkel.

Multimedia mmg rox. APsal xteruskan jd designer? Duit masyuk woo

Fid said...

zaman univ saya tinggal sendirian hahaaaaa

Arin said...

mmgbest woo zaman belajar dulu..perghhh..tapi tang u bukak niaga tuh best le..kelakar baca student arab nangis..takleh imagine muka depa..hehehhe

SuperCJ P.I said...

kenangan kat universiti memang best..banyak buat benda bodo2..hehe

supermummy said...

pizli
hari tu aku ada singgah sekali malam2 balik dari klia..dah ada pondok2 di tepi malee rupanya..kehkeh

dyla
ooo eh uitm mana ya sampai lepak kat malee dengkil? kehkeh

azzamoro
haha..saya ni konon2 org bp, tapi balik pon jarang.bila org tnaya jalan asyik blur memanjang..hahah

jasfyra
eh bole tahan femes gak malee dengkil ni ya..dulu kadang2 bosan gak sbb sikit2 pegi malee..isk

farah
eh ni mesti budak mmu jugak ni..sbb setakat ni tak pernah jumpa burger kungfu kat luar..kehkeh

jade
haha betol betol..kelakar pun ya jugak..kehkeh

xull
haa sebab dah keje gomen..sekarang jaga designer..kehkeh..tapi kalau rajin ada jugak buat freelance sikit2..

fid
la apsal tinggal sendirian..

arin
hahah..student arab tu memang..tapi tak bole lawan ada student lelaki dari iran jalan2 dekat2 cafe pakai underwear je..kehkeh

supercj pi
haha..tu la..bila teringat tersengih sorang2..kehkeh

precious innocent said...

i zaman kolej so-so je... sbb i xdak bf.. lalala...

tp i suka secondary life.. form 1 to be exact... haha.. masa tu baru nak kenal dunia.. best!!!

-mama emma-

xull said...

freelancing? wah boleh blajar nih.. :D

i am a mummy said...

hahaha..

when i was in law matriculation, i used to skip classes just to watch betty la fea. esp waktu part2 episode last2 tu..yg dia nak tuka jadi cantik tu..hahaha..those days.. haih..

Mama Mia said...

hahhaa..that betty la fea show is very addictive. i skipped classes to watch it too...:)

Liyana said...

ahahahaha............wellward!!omg...lama dah zaman belajar di parit raja itu

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey