Monday, June 15, 2009

Bermain futsal adalah sangat addictive. Hari ini baru sedar.

Saya minta maaf berbanyak banyak kepada Mommy Lyna dan Foxy Farah kerana tidak memunculkan diri semalam dan menyebabkan anda berdua masih tidak mendapat hadiah Supermummy Amazing Blogger Award. Saya memang dah konfiden nak datang tapi masa hari Sabtu semasa bermain futsal saya terjumpa encik Presiden Kelab dan dia telah 'memaksa' saya datang pada hari Ahad untuk kejohanan sukan ofis yang masih berlangsung. Dengan itu saya akan membuat special delivery ke rumah anda berdua nanti ya. Heheh.

Saya disebelah kiri, sorrylah ye gambar asyik tak clear je. Haish!

Saya juga masih berasa sedih kerana telah mendapat no 4 bermain futsal. Malah sempat juga menangis sikit sebab saya gagal menjaringkan penalti. Jadi sekarang saya sudah faham apakah perasaan John Terry yang gagal menjaringkan penalti untuk final Champions League tahun lepas. Haha. Tapi coach kata tak apa, sebab mencapai target untuk pergi ke semi final. Juga berasa sedih sebab lepas ni macam tak ada latihan futsal. Walaupun hari Sabtu hari tu baru habis tournament, hari ni sudah rindu nak pergi latihan futsal, sebab selalunya hari Isnin, Rabu dan Jumaat ada training. Kalau ada sesiapa team futsal wanita rasa rasa nak buat friendly, bolehlah panggil kami ya. Hihi.

Di sini juga ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada suami. Memang saya tahu saya ada komplen pasal suami dalam blog ni, tapi kalau pasal sokongan bermain futsal dialah yang hebat sekali.
Suami dan anak di tepi padang. Hihi

Dialah yang hantar saya pergi training dari pukul 8 sampai 10 malam kat Jalan Kuching tanpa komplen apa-apa pon. Setiap kali saya bermain friendly, suami dan Husayn Zharief memang pasti akan menonton, dan termasuk juga tournament hari tu. Dia juga sanggup balik pukul 2.30petang dari wedding di Port Dickson sebab nak kejarkan hantar saya bermain friendly di Jalan Kuching pada pukul 4 petang. Saya tau tak semua suami di dunia suka isterinya bermain futsal, tapi saya sangat bersyukur walaupun suami saya adalah kadang-kadang agak garang tapi tak pernah dia nak menghalang minat saya. Lebiu soo muchies!
Selepas bermain futsal, makan pula di KFC. Inilah muka original saya tanpa mekap. haha. Nampak tak patung Colonel Sanders kat background tu? Husayn Zharief panggil Colonel Sanders tu Atuk Ayam. Kehkeh.

Oklah, nak sambung buat kerja. Babai semua!



9 superstars:

Zuhaini said...

pandainya main futsal.. :)

**nampak dah besar husayn ya.. :)

nasazfrog... said...

hai sis lame sy tak ke sini.... mmg best main futsal sambil tu kan bleh menyihatkan badan...

l i e y n said...

semoga badan semakin sihat dan kalori n kolestrol dapat dikurangkan....

azura said...

i sejak kawen n ada anak ni, kalau main sports cepat pancit. bravo to you sebab masih maintain :).

kui3x..atuk ayam? kelakar la husayn ni. but if u look closely and carefully, muka atuk ayam tu macam muka owner kfc holdings malaysia, tan sri ali hashim- what a coincidence :)

supermummy said...

zuhaini
haha tak dela pandai sangat..malah ni sebenarnya first attempt main futsal..kehkeh..ha husayn sudah besar semakin byk perangai 'hebat' yang keluar..hahha..geram sungguh..

nasazfrog
eh aah la..kita pon dah lama tak gi blog awak..agaknya sejak awak lepas bersalin tu kot..mesti baby dah besarkan..:)

lieyn
haha..kalori dan kolestrol dikurangkan? haha..macam mana nak kurang..habis main makan yg byk kalori balik..kehkeh..tapi mmg berazam nak mengecilkan peha sehingga ke saiz yg sesuai..hahah

azura
ala i pon mula2 pancit..sekali kena fitness training dia yg melampau 3 kali seminggu..kira ada improvement la sikit..kehkeh..masa mula2 main dulu baru main 2 minit pon perut dah rasa senak..heheh..eh lepas ni jugak i nak google muka tan sri ali hashim tu..kehkeh

precious innocent said...

betul ke org kata, once dah start futsal, dah xleh nak stop.. sbb best.. tul ke?

-mama emma-

Liza said...

I love futsal, and it's true on the addiction part, perhaps kita organise futsal antara bloggers, menarik gak tu kan?

supermummy said...

emma
betol. sekarang mcm depress tak main futsal..ahaha

liza
aah boleh gak tu..eh u main futsal jugak ke? ada team tak? kehkeh

Watie Aziz said...

wah ..so gd main futsal..kalau i, confirm dah terbaring dah wei...lama giler tak bersukan ..i really have no idea camner rupa aku time bersukan ..mesti cam nenek 60 tahun lari2 ..hahaha... apa nak jadi aku nih..exercise atas kerusi jer ...eksesais jari jer ..hahahaa

tahniah utk u sebab aktif bersukan!! aktifkan dirimu - hotlink! ahaks

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey