Monday, June 8, 2009

Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa?

Taktau apa angin, asyik nak taip dalam BM je. Haha..Ok sorry sebab lambat update. Malam tadi baru balik dari Batu Pahat dan sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Pagi ni datang2 terus kena pergi meeting. Lepas meeting ada pulak benda-benda lain yang memerlukan perhatian. Kehkeh.

Hari Sabtu balik kampung, dari rumah pukul 2.30 petang. Sampai pukul 6.30 petang. Ibu bapa dan adik adik pon balik juga naik kereta lain. Dia orang bertolak pukul 11 pagi tapi sampai pukul 6 juga. Kehkeh. Kesian sebab jam teruk sangat. Jadi kami yang terlebih bijak telah ikut jalan bukan highway untuk ke Seremban dan keluar di exit Senawang.

Apabila bosan kami pun ambil gambar dan Husayn Zharief makan beg Pak Ngah

Malam pulak ada kenduri arwah. Apabila sampai-sampai kenalah jugak tolong sikit sikit seperti menggaul fruit cocktail dan juga memasukkan acar. Makanan yang berat adalah nasi beriani dan tu pun katering jadi tak payahlah buat apa apa sangat pun. Hehe. Apabila makan, makan bersama di dalam dulang. Syiok wey!

Husayn Zharief bersama pakcik pakciknya makan nasi dalam dulang

Ini pula adik adik dan sepupu. Adik di kanan sekarang tengah praktikal di Kilang Gula CSR dan dia kata pekerja Kilang Gula CSR dapat gula free setiap bulan. Bestnya! Adik di tengah pula akan masuk USM Kubang Kerian dan nasib baiklah nama dia memang betul2 ada dalam senarai pelajar yang diterima sebab ada kawan dia mula2 USM terima lepas tu kena rejek lah pulak. Kesian kan.

Ini pula bapa, suami dan adik. Suami saya kata berat dia tak pernah lebih 70kg. Sekarang saya pulak yang hampir nak potong berat dia. Gilalah macam ni!

Yang ini adalah pakcik dan makcik. Dulu semasa saya sekolah rendah, selalu ikut mereka berdating di Genting Highlands. Kehkeh.

Dan ini adalah aktiviti Husayn Zharief selepas makan iaitu melompat-lompat di atas katil. Anak saya ini juga telah mengetuk seorang pakciknya, Uncle Nabil yang berusia 5 tahun dengan pistol mainan. Kesian Uncle Nabil. Setiap kali Uncle Nabil nampak Husayn Zharief dia akan lari cepat-cepat. Isk.

Selepas penat bermain minum air sepuasnya. Hoi, siapa yang ambil gambar saya dengan blur ni! Isk. Oklah, babai!




7 superstars:

precious innocent said...

hoh... awat mkn dlm dulang? mmg culture family u ke? or ikut sunah nabi?

-mama emma-

nURmALa mAZLan said...

eh...mak kita pernah cerita tau..diorg adik beradik dulu2 makan dalam dulang same2

achee_b165 said...

wah..meriah kenduri...
p-na pun dah dekat 3bln xbalik kg...rindunya!!

~p-na mama oja~

supermummy said...

emma
haa selalu jugak makan nasi dalam dulang kalau kenduri..tahla..orang jawa mmg macam tu agaknya..kehkeh..

nurmala
haha..best makan nasi dalam dulang sbb nak cuci pon senang..haha

pna
wah lamanya tak balik kg..eh tp kita lagi lama..sampai dah tak ingat dah bila last balik..haha..nak buat mcm mana..org yg kat kg asyik dtg ke kl..kehkeh

zh-ena said...

mcm org jawa plak..sbb org jawa pun mkn dlm dulang bila wat kenduri..org pggl nasi ambang

Mama Mia said...

supermummy, your son tak muntah ke after makan nasi then lompat2 pulak?

supermummy said...

zh-ena
haa mmg orang jawa ponnn..kehkeh

mama mia
ha tak muntah pulak..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey