Monday, March 16, 2009

Kanak-kanak rock party yang agak notorious ke majlis perkahwinan


Semalam saya pergi ke majlis perkahwinan sepupu sebelah suami saya. Kanak-kanak lain di situ berasa sangat tertekan dengan kehadiran kanak-kanak di atas yang berpakaian t-shirt bertulis R.O.C.K. P.A.R.T.Y. Kenapakah kanak-kanak di atas berpakaian seperti ingin ke rock party tetapi sebenarnya ke majlis perkahwinan? Sebelum itu dia telah memakai baju gambar dolphin yang comel berwarna biru sebelum bertolak, tetapi dengan bijaknya dia telah mengambil baldi yang ada sedikit air dan mengangkat baldi tersebut dan menonggengkannya sehingga air tersebut semua tumpah di atas bajunya. Jadi terpaksalah berbaju rock party.

Mengapa kanak-kanak lain tertekan ya? Bukan sebab baju rock party itu, tetapi kerana kanak-kanak di atas telah menyerang kanak-kanak lain hingga muka kanak-kanak lain cedera seperti baru balik dari medan perang. Ibu kanak-kanak di atas juga sangat tertekan kerana terpaksa mengejar kanak-kanak di atas merata-rata.
Kanak-kanak rock party mungkin sedang mencari mangsa yang seterusnya. Si kecil rock party ini juga ada kebolehan membuat muka selamba dan tidak bersalah selepas mengenakan orang. Tinggallah ibunya yang terpaksa meminta maaf kepada ibu kanak-kanak lain.

Ini aksi selepas menggodek kipas di masjid semasa majlis pernikahan.

Nasib baik semasa persandingan kanak-kanak rock party telah tertidur.

Akibatnya hari ni badan saya sangat penat dan bertanya kepada diri sendiri mengapalah agaknya saya tak minta cuti hari ni? Tapi memandu sangat seronok hari ini kerana jalan sangat clear dan cuti sekolah sudah bermula!


6 superstars:

Arin said...

sekarang,kalau bleh di letak kejap anak saya yg umo 2tahun tuh kat umah nenek dia, saya akan buat gituh..sebab kalau bukan time tido dia, dia akan peel cam 'kanak-kanak rock party ' nih..tak larat den..

Zuhaini said...

hehe.. macam itu la kakak saya, time saya kawen.. mmg keje dia jaga anak dia je! :)

nURmALa mAZLan said...

hahaha..
mesti sangat comel kan kak..
walaupun letih + geram
tapi nanti bila ingat2 balik..mesti tercuit..hehe

supermummy said...

Arin
haha betol..dahla kalau kita marah dia pon dia buat selamba je..ye la bukannya paham pon kot..hahha

zuhaini
haha letih mengejar anak..tapi takpela..sambil mengejar bole exercise juga..hahah

nurmala
haha tu la..tapi part nak mintak maaf kat mak budak2 lain tu yg malas sikit tu..hahha..

Liza said...

i totally can relate to this entry, my kids yg dah besar pun still make me feel exhausted, ini kan pulak yg tgh lasak

Liyana said...

husayn ble geng dgn mizan....actually came to think of it,hazim pun sama...hahahaha...lama sudah tidak ketemu ya...

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey