Wednesday, January 14, 2009

Mood Bahasa Malaysia datang lagi di pagi Rabu yang indah

Mood Bahasa Malaysia saya datang lagi. Janganlah marah. Kitakan orang Malaysia. Hehe.

Semalam adalah Perhimpunan Bulanan di tempat kerja saya. Kerja kerajaan memang macam tu. Sebulan sekali ke dua bulan sekali mesti ada perhimpunan bulanan. Kena nyanyi lagu Negaraku seperti di zaman sekolah. Cuma bezanya perhimpunan zaman sekolah lepas nyanyi lagu boleh duduk sebab cikgu nak berucap panjang. Tapi perhimpunan bulanan ni sebab dah tua kenalah berdiri, kecuali orang mengandung adalah kerusi untuk duduk.

Saya antara yang di belakang sekali sebab semalam datang lambat. Apabila Encik Ketua berucap dan menyampaikan amanatnya, sungguhlah saya tertarik dengan ayat-ayatnya seperti di bawah:


Kemudahan capaian Internet diberikan kepada semua anggota ******. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini, kemudahan Internet ini telah disalahgunakan dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermanfaat, tidak produktif dan berunsur peribadi yang tidak berkaitan dengan tugas

Antara aktiviti yang tidak produktif yang dikenalpasti adalah:

1. Membangun dan membaca blog;

2. Memuat turun perisian, muzik dan video;

3. Bermain online game;

4. Melayari website hiburan;

5. Melayari website berbentuk forum seperti hiburan, jualbeli online;

6. Melayari website berbentuk komuniti mencari rakan dan kenalan.

Terdapat juga anggota ****** yang lebih celik IT yang melayari website-website yang telah dihalang (block) oleh sistem ****** seperti YouTube, chatting dan streaming untuk mendengar Radio Online. Aktiviti yang tidak produktif ini akan menjejaskan perkhidmatan dan penyampaian ****** melalui "online" seperti ******* Portal dan ******* ONLINE. Penyalahgunaan kemudahan ini akan diambil tindakan tegas selepas ini kerana ianya telah mula menjejaskan objektif sebenar kemudahan disediakan disamping menjejaskan penyampaian *******.

Ok nampaknya ucapan tersebut sudah terkena batang hidung saya sendiri. Di antara 6 perkara yang kat atas tu yang saya tak buat hanyalah bermain online game. Yang lain semua saya sudah buat dengan jayanya. Haha. Tapi saya tidaklah begitu celik IT hingga dapat tengok YouTube atau streaming radio. Yang saya dapat hanyalah akses blog yang diblock sahaja. Tapi sekarang orang IT ni pun dah tak block blogspot lagi. Jadi saya melayari dengan secara halal lah kiranya. Haha.

Tapi logikkah jika kita ada akses internet dan tak buat langsung 6 perkara di atas tu? Di tempat kerja pun kadang-kadang kira busy kadang-kadang tidak. Saya merasakan tidaklah boleh juga disalahkan. Tapi jika anda ada akses internet di tempat kerja dan berjaya tidak membuat langsung 6 perkara di atas tu, silalah mesej saya. Saya ingin tahu bagaimana. Mungkin saya boleh praktiskan juga! Kehkeh.

Oklah. Itu dia dari minda saya hari ni. Selamat pagi semua!

10 superstars:

pizli_mw said...

senang je.. kau tanyala orang bagi ucapan tu.. ke dia pun buat jgk sebenarnya?

supermummy said...

pizli
org yg bagi ucapan tu baca teks je..ni aku nak tanya org yg sediakan ucapan tu..hahah

oliole said...

boss saya punya style...nak buat kerja-kerja evil tu janji jangan bagi dia nampak...janji kerja siap...dia buka sebelah mata dan tutup sebelah mata....
ni mesti ada orang yang dengki then cucuk cucuk atasan...

Zuhaini said...

oh.. bos saya tau saya ada blog, siap suh ajar anak dia lagi! haha..

tp dia x tau time bila saya duk belek blog.. yang dia tau, keje mesti tip top. haha...

so kena pandai2 curi masa la.. :)

precious innocent said...

na na.. xtahu :P

org yg prepare speech tu tnyata buat semua diatas... kekeke

-mama emma-

lady D said...

aah...confirm org yg buat speech tu pun buat keje2 tu....ade ke org buat keje xdengar muzik langsung?? boring giler!!!...

aznitaz said...

hu..hu.. co. i pun dah block byk benda. nsb baik blog boleh lagi. tu yg memaksa pkai broadband kat umah.
to me as long as u can settle ur work, its fine to do all those things. i rasa org yg marah guna tu sbb dia x tau nak explore benda2 tu.

Signorina Syima said...

internet tp tak leh berhibur.. mati kutu la...

kerajaan block sana sini... tp ramai gak hacker...

akak.. sy jgk orang kerajaan yg agak engkar..

:iBuAfiQah: said...

samada yg buat teks tu xbuat suma 6perkara di atas atau dia buat suma perkara di atas..entahla kan...

kena pandai la..
keje kena tip top.
blog2 jugak.....
at least kita xmeng'ular' kemana2
still duk kat tempat..
xduk kat tmpt org sambil umpat2..lagi keji ok...

yep..hanya online games n download lagu2 jerr irnie xbuat...
coz malas~boleh tak ayat mcm tuh!
hik2

Zanna_MamaBatrice said...

ha ha ha
siap masuk perhimpunan bulanan yerk intan

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey