Thursday, January 22, 2009

Cutest Blogger Award

-------------------------------------------------------------------------------------------------

I got this award from the lovely Oli.
Bacalah blog dia. Entry dia selalu kelakar dan macam baca komik Shin Chan pun ada. Anak dia pun kiut!

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda = sudah buat

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda =

Oli telah memberikan award ini kepada saya. Dulu Oli ni guna blogspot juga, tetapi blognya sudah hilang di telan blogspot. Tapi sekarang Oli sudah kembali dengan blog baru yang beralamat baru juga dan entry dia memang kelakar. Serius, pegilah baca. Haha.

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya
Banyaknya fakta kena tulis. Tapi ini yang saya boleh terfikir sekarang:

* saya sangat suka tengok cermin. Tak kisahla cermin apa pun dan di mana-mana pun. Cermin kereta orang lain pun boleh. Saya rasa saya adalah sangat vain kerana suka tengok diri sendiri.

* saya sangat takut bersalin normal dan saya paling tak suka vaginal exam. Masa saya nak bersalinkan Husayn nurse pegang kaki saya kiri dan kanan supaya saya bukak kaki luas luas, tapi akhirnya saya kena c-sect jugak. Secara jujurnya, saya tak kisah kena c-sect, tapi masalahnya kenala bayar duit banyak sikit. Haha.

* saya sangat suka Manchester United dan paling tak suka Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Hehe. Tapi sekarang dah kurang sikit, dulu-dulu zaman sekolah meja kat kelas pun penuh dengan gambar pemain bola sahaja. Bilik di zaman sekolah pun penuh dengan poster-poster pemain. Dan bila Manchster United kalah saya selalu sedih atau lebih teruk lagi menangis. Haha. Tapi dah lama saya tak menangis sebab bolasepak ni.

* nama suami saya di dalam telefon adalah Baby Burger. Haha. Saya selalu rasa muka suami saya bulat seperti burger, jadi dari situlah saya namakan dia Baby Burger.

* saya sudah terbiasa memanggil anak saya Husayn Zharief. Walaupun agak pelik kerana memanggil nama panjang tetapi saya rasa adalah sia-sia saya namakan anak saya dengan nama yang panjang jika saya tak panggil dengan lengkap. Tapi tu pun tak lengkap sangat sebab nama penuh dia Mohammed Husayn Zharief.

* first crush saya adalah semasa saya di darjah 5. Budak lelaki yang bertuah (ataupun malang?) itu adalah jiran saya sendiri dan dia adalah budak darjah 6 dekat sekolah yang sama. Dulu dia selalu intai-intai saya sambil naik basikal. Mula-mula saya tak suka dia tapi lama-lama kami selalu bermain baling kasut sama-sama. Kami juga pernah pergi ke Royal London Circus bersama-sama. Hahaha.

* saya adalah seorang yang pemaaf. Saya bukan seorang yang menyimpan dendam dan sangat mudah kesian dengan orang. Rakan serumah semasa di universiti memanggil saya Si Tenang kerana saya sangat tenang dan rileks sahaja. Haha.

* dulu saya adalah orang yang paling update tentang muzik. Saya sangat suka muzik alternatif rock kerana saya rasa sangat bersesuaian dengan jiwa saya (benci ayat ni tapi terpaksa taip juga..haha). Sekarang saya adalah orang yang sangat ketinggalan dalam muzik. Tetapi lagu yang selalu berulang-ulang di mp3 saya adalah album pertama John Mayer, soundtrack Twilight, lagu The Killers iaitu Mr Brightside dan All These Things That I've Done, Bunkface-Situasi dan Estranged-Aurora. Lagu-lagu ini sahaja yang saya ulang-ulang. Kesian orang yang duduk sebelah saya.

* saya juga sangat suka menyusukan anak saya kerana menjimatkan, membantu saya menguruskan badan, tak payah bangun malam buat susu dan di mana-mana juga boleh susukan dia. Tempat yang paling public pernah saya susukan anak saya adalah di dalam flight ke Sabah. Haha. Harap-harap takde sapa nampak.

* saya pernah bercita-cita nak jadi wartawan. Kerana saya rasa wartawan macam cool dan best je. Tapi arwah atuk saya tak bagi sebab dia kata wartawan banyak tulis cerita tipu. Haha..entahla. Tapi sekarang saya ada blog sendiri. Kira oklah tu. Asalkan saya boleh menulis - eh menaip.

Banyak kan? Itulah, suruh buat 10 je tapi saya merapu panjang-panjang. Minta maaf.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda

*Mommy Lily *Pink Mama *Ibu Afiqah *Arin *Mama Emma *Zuhaini *Idajer *Jade *Mama Redzha *Nurmala

Wajib buat ya!

8 superstars:

ZH - Ena said...

hahaha sama la ena dulu pun bercita2 nak jd wartawan tapi sbb nampak cool jea sbb dpt jumpa byk org..tapi sbb ada perasaan gugup nak jumpa public terus cancel nak jadi reporter nie :D

dpt tulis dlm blog pun ok gak :)

precious innocent said...

ala, u xyah jadi wartawan pun u dah famous dlm dunia blog.. siap leh masuk newspaper lg!!!

insya allah 2thn lg i buat tag u nie yek!!! kekeke

-mama emma-

ummi balqis said...

hihihi... lawak tau u nie. kihkihkih... tp, part baby burger tu yg takleh blah tu.. hahaha

nURmALa mAZLan said...

terima kasih supper mummy...
nnt ada kelapangan kita jawab ye

supermummy said...

zh ena
haha..saya suka jadi reporter sbb suka travel kot..hahha

emma
hahha..femes apanya..ada org nak dtg ke blog ni pon kira ok lah tu..hahah..ha 2 tahun lagi ke? hahah..macam ni kalau 2 tahun lagi suruh ryan tolong buatkan tag tu je la..

ummi balqis
hahah..nama manja gituuu..kehkeh

nurmala
ok..jawab jgn tak jawab yaaa..heheh

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

hihihihi... :D

idajer said...

wah..ada kerja sekolah yek. jap lg buat..hehe..

Zanna_MamaBatrice said...

ha ha ha
layan kerja sekolah best gark nie
he he he

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey